Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Manfaatkan Media Sosial Sebagai Ejen Penyampai Maklumat

By 29 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman/Fauziah Abdullah (Seremban)

SEREMBAN, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Kakitangan awam perlu lebih cakna dalam bidang teknologi maklumat (ICT) sebagai usaha untuk memperkasakan penggunaan media sosial sebagai satu medium yang mudah untuk menterjemahkan setiap fungsi jabatan dan peranan agensi kepada orang awam menerusi aplikasi laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Menurut Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Latihan dan Kompetensi, Syed Muzaffar, peranan media sosial semakin penting dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Adalah menjadi tanggungjawab dan sebahagian dari peranan penjawat awam untuk memanfaatkan media sosial sebagai ejen penyampai maklumat selain mempromosikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Pentadbir media sosial perlu lebih peka dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, terutamanya dalam bidang ICT dan penganjuran program seperti ini diharapkan akan memantapkan lagi serta meningkatkan kecekapan peserta, sekali gus menjamin sistem penyampaian perkhidmatan kita yang lebih produktif, berkualiti dan cemerlang,” ujar beliau.

Bagi salah seorang peserta kursus, Iyiana Jamaludin, kursus yang dijalankan membolehkan beliau memperoleh pendedahan mengenai cara mengendalikan media sosial dan etika media sosial perkhidmatan awam.

“Ilmu yang saya peroleh pada hari ini akan dsys aplikasikan kelak kerana menjadi seorang pentadbir media sosial bukan mudah kerana saya bukan sahaja perlu sentiasa peka dan mengemaskini Facebook jabatan malah perlu berinteraksi dengan orang awam melalui ruangan komen,” ujarnya.

-AK

Tinggalkan komen anda