Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Penduduk Kampung Tebakang Gempur Kawasan Pembiakan Aedes

By 2 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris/Afnan Hakimi (Marang)

MARANG, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Tebakang, di sini, menggempur kawasan pembiakan nyamuk Aedes menerusi Program Gotong-Royong COMBI Cegah Denggi Peringkat Kampung Tebakang 2020.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tebakang, Mohd Zaki Deraman berkata pihaknya telah menempatkan beberapa orang petugas dari MPKK, Kawasan rukun Tetangga (KRT) dan belia bagi memastikan penduduk di sini melakukan aktiviti kebersihan di kediaman masing-masing.

Gotong royong membersihkan kawasan sekitar kampung.

Gotong royong membersihkan kawasan sekitar kampung.

“Aktiviti ini dianjurkan oleh pihak MPKK dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Majlis Daerah Marang, KRT Kampung Tebakang dan Persatuan Belia Setia Pakat Tebakang bagi mencegah wabak denggi di sekitar kawasan kampung ini.

Tempat pengumpulan sampah di Dataran Kampung Tebakang.

Tempat pengumpulan sampah di Dataran Kampung Tebakang.

“Bagi menjayakan misi Kampung Tebakang sebagai “Tebakang Preferred Village 2023“, warga kampung juga bersemangat membersihkan kawasan masing-masing demi menjaga keindahan persekitaran kampung sejak awal pagi.

“Selain itu, aktiviti ini dapat menyatukan masyarakat kampung agar sentiasa hidup aman, saling menghormati dan juga memupuk rasa cintakan kampung halaman,” katanya yang ditemui sempena proram tersebut, di sini baru-baru ini.

Menurut wakil belia, Azahar Mohamad, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan sikap ambil cakna masyarakat untuk memastikan tiada tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan untuk mencegah daripada berlakunya penularan penyakit demam denggi pada musim COVID-19 ini.

Antara penduduk kampung yang hadir untuk bersama-sama membersihkan kawasan.

Antara penduduk kampung yang hadir untuk bersama-sama membersihkan kawasan.

“Kerjasama efektif daripada seluruh penduduk memberi impak terhadap usaha pembersihan ini.

“Pada kali ini, program ini dilaksanakan dengan mengamalkan norma baharu seperti menjaga penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan, menyediakan pensanitasi tangan dan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi setiap peserta yang hadir,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda