Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pusat Kuarantin Khas COVID-19 Dikembalikan

By 2 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)/Teganukite

KEMAMAN, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Darul Iman Training Centre (DITC) secara rasminya kembali kepada pengurusannya setelah diwartakan sebagai Pusat Kuarantin Khas COVID-19 di daerah Kemaman sejak 16 Mac lalu.

Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman diwakili oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman Dr. Mohd Anuar Abd. Rahman menyerahkan kembali Darul Iman Training Centre (DITC) di Telok Kalong kepada pengurusannya yang diwakili oleh, Pengerusi DITC, Hazri Jusoh.

Untuk rekod, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman telah menyaring seramai 416 orang terdiri daripada 288 orang lelaki dan 128 orang perempuan yang disahkan negatif virus itu.

Simbolik Penyerahan DITC oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman Kepada Pengurusan Asal.

Simbolik Penyerahan DITC oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman Kepada Pengurusan Asal.

Dr. Mohd Anuar berkata, tiada kes positif COVID-19 dikesan di DITC dan ianya selamat diduduki untuk kegunaan awam setelah bangunan tersebut melalui proses pembersihan dan disinfeksi oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Bomba Kemaman baru-baru ini.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pengurusan DITC yang membenarkan kami menggunakan kemudahan ini selama tempoh tersebut.

“Bangunan DITC umpama hotel lima bintang itu kini selamat digunakan kepada umum setelah melalui proses disinfeksi oleh pihak kami dan akhirnya oleh pihak Bomba,” ujarnya.

Dr. Mohd Anuar dalam ucapanya berkata, tiada kes positif COVID-19 dikesan di sini dan ianya selamat diduduki untuk kegunaan awam.

Dr. Mohd Anuar dalam ucapanya berkata, tiada kes positif COVID-19 dikesan di sini dan ianya selamat diduduki untuk kegunaan awam.

Dalam pada itu, Hazri Jusoh mengucapkan tahniah kepada semua barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab dengan begitu cemerlang dalam menangani pandemik COVID-19 di Kemaman.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin bahawa bangunan DITC selamat digunakan untuk umum, Hazri berkata setelah diberi penerangan dan keyakinan oleh pihak berkelayakan iaitu Pejabat Kesihatan Daerah dan Bomba Kemaman, Kami juga yakin dan percaya bahawa tempat ini telah selamat sepenuhnya untuk digunakan oleh umum.

Pengerusi DITC, Hazri Jusoh.

Pengerusi DITC, Hazri Jusoh.

Hazri juga berharap agar pihak kerajaan dan swasta tidak teragak-agak untuk menghantar dan menggunakan perkhidmatan DITC sebagai kemudahan latihan untuk kakitangan mereka.

Turut hadir di majlis tersebut Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Jusman Ibrahim dan wakil-wakil semua agensi kerajaan yang terlibat.

-ii-

Tinggalkan komen anda