Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PMM Pelopori Arkib Digital Bangunan Warisan Melaka

By 13 Julai 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rozer Masudin/PMM

MERLIMAU, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Sekumpulan Penyelidik dari Politeknik Merlimau (PMM) berjaya mewujudkan platform digital bagi tujuan penyimpanan lukisan terukur bangunan warisan dunia Negeri Melaka dengan kerjasama pihak Pusat Geospatial Negara (PGN).

Menurut Pengarah PMM, Mohd Hatta Zainal, tercetusnya projek tersebut ialah hasil daripada penerimaan peruntukan Geran TVET Applied Research Grant Scheme (TARGS) bernilai RM100,000 pada tahun 2018 bagi projek e-Polytage : Heritage Digital Archive using webGIS technology atau lebih dikenali sebagai e-PolyTage.

“Projek e-Polytage merupakan fasa pertama pembangunan Arkib Digital Bangunan warisan yang tertumpu kepada Zon Sivik iaitu di dalam kawasan Core Zone UNESCO World Heritage Site Melaka yang diketuai Shahrul Hapizah Musa dan dibantu Noor Suhaiza Sauti, Noor Azidah Abdullah, Fadhillah Mohd Nasir dan Prof. Dr. Yahaya Ahmad.

“Projek ini telah membawa kepada khidmat rundingan bersama PGN pada 29 Julai 2019 untuk menjalinkan kerjasama bagi menggunakan platform Malaysia Geospatial Services (MyGOS) dan hosting aplikasi serta pangkalan data di PGN bagi membangunkan projek e-PolyTage,” ujarnya ketika ditemui pada majlis penyerahan platform di Unit Pusat Penyelidikan, Inovasi dan Komersial PMM, di sini baru-baru ini.

Kumpulan penyelidik membentangkan projek e-PolyTage, di sini.

Kumpulan penyelidik membentangkan projek e-PolyTage, di sini.

Menurut Ketua Penyelidik, Shahrul Hapizah, antara tujuan utama projek ini ialah bagi pengurusan dokumentasi Lukisan Terukur sebanyak 17 bangunan dan monumen bersejarah di Melaka dalam bentuk arkib digital menggunakan aplikasi Web GIS.

“Bagi menjayakan projek ini, kami telah mengadakan jalinan kerjasama dengan beberapa agensi iaitu Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Warisan Negara (JWN), PGN, Universiti Malaya (UM) & Universiti Tun Hussein Onn (UTHM),” katanya ketika ditemui.

Menurut Shahrul, projek ini turut memenangi beberapa anugerah pada peringkat antarabangsa seperti 2nd International Conference on Recent Trends in Engineering Management, Information Technology, Networking & Applied Sciences (EITNA – 2019), Tokyo, Japan, International Symposium on Management of Cultural Heritage 2019, University of Tsukuba, Tokyo, Japan dan Silver Medal @ Bangkok International Intellectual Property. Invention, Innovation and Technology Exposition (IPiTEX 2020), Bangkok Thailand.

“Projek ini juga telah banyak membantu pihak PERZIM, MBMB dan JWN kerana dengan adanya inisiatif penyimpanan secara digital dokumen lukisan terukur bangunan warisan dunia UNESCO ini memberi kemudahan dalam mengekalkan warisan yang sungguh bernilai ini.

“Semoga projek ini akan dapat dikembangkan pada masa hadapan dengan penambahan bilangan bangunan warisan secara digital di platform ini,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda