Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PIBG Kemaman Terima Suntikan Kewangan

By 13 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)/Parlimen Kemaman

KEMAMAN, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah seluruh Daerah Kemaman menerima peruntukan berjumlah RM105,000 daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid dalam usaha untuk membantu pihak sekolah menyiapkan kelengkapan persediaan sesi persekolahan dalam norma baharu ini menjelang pembukaan sesi persekolahan.

Ahli Parlimen Kemaman (Tengah) bergambar kenangan bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Ibok.

Ahli Parlimen Kemaman (Tengah) bergambar kenangan bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Ibok.

“Saya yakin garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dituruti oleh pihak sekolah seperti penyediaan peralatan lengkap seperti alat pengimbas suhu di pintu masuk sekolah, cecair pembasmi kuman dan tempat basuh tangan di setiap tempat yang bersesuaian dapat dipatuhi oleh pihak sekolah dengan baik,” katanya.

“Setiap sekolah akan menerima RM1,500 sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah, dan berharap sumbangan ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah membeli peralatan yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Che Alias menyampaikan sumbangan kepada pengurusan SK Bukit Anak Dara sambil disaksikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal (Kiri, Berbaju Putih)

Che Alias menyampaikan sumbangan kepada pengurusan SK Bukit Anak Dara sambil disaksikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal (Kiri, Berbaju Putih)

Sebanyak 16 buah sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik yang terlibat menerima sumbangan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chabang, SK Ketengah Jaya, SK Kampung Baru Rasau Kerteh, SMK Rasau Kerteh B5, SK Pengkalan Ranggon, SK Kampung Baru Kerteh, SMK Kampung Baru Kerteh, SK Seri Gelugor, SK Kerteh, SMK Kerteh, SK Rantau Petronas, SMK Rantau Petronas, SMK Badrul Alam Shah, SK Kemasik, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Lok Khoon dan SK Air Jerneh.

Manakala di DUN Kijal pula, sebanyak 13 buah sekolah telah menerima sumbangan, terdiri daripada SK dan SMK iaitu SK Payoh, SK Seri Bandi, SK Seri Bandi 2, SK Ibok, SK Bukit Anak Dara, SK Meraga Beris, SK Kijal, SK Teluk Kalong, SK Bukit Kuang, SMK Seri Bandi, SM Imtiaz YT Kemaman, SMK Kijal dan SMK Bukit Kuang.

Ahli Parlimen Kemaman (Tengah) bergambar kenangan bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Kijal.

Ahli Parlimen Kemaman (Tengah) bergambar kenangan bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Kijal.

“Bagi DUN Chukai dan Air Putih pula, akan diagihkan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Turut sama dalam sesi sumbangan ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Saiful Azmi Suhaili, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal, Hazri Jusoh dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman, Idris Bidin.

-ii-

Tinggalkan komen anda