Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RUU COVID-19 Akan Dibentang di Parlimen

By 11 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Langkah Sementara bagi mengurangkan impak penularan COVID-19 pada sesi parlimen yang akan bermula minggu depan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebelum ini telah dibincangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi dan dibentangkan semasa mesyuarat kabinet baru-baru ini.

“Ianya (RUU) telah dibincangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi minggu lepas dan dibentangkan di mesyuarat kabinet baru-baru ini.

“Banyak pandangan telah diberikan dalam perbincangan tersebut dan kementerian yang berkenaan telah mencadangkan untuk membentangkan dalam sesi parlimen akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika Lawatan Kerja ke Kolej Teknikal Azmida di Kampung Nakhoda, Batu Caves hari ini.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmud Pa’Wan Teh, Ketua Setiausaha MITI, Datuk Lokman Hakim Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhamad Hilman Idham.

Terdahulu, Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) COVID-19 (Langkah Sementara) sebagai pelepasan sementara daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

Kerajaan berharap melalui akta baharu ini, rakyat Malaysia dapat meneruskan kelangsungan hidup.

-NAZ

Tinggalkan komen anda