Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SK Kalai Guna Aplikasi Kod QR Imbas Kehadiran Pelajar

By 16 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Ahmad Azlan Abdul Rahman (Sik)

SIK, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Pelajar-pelajar sekolah seluruh negara terutamanya pelajar Tahun 5 dan 6 serta Tingkatan 1 hingga 4 dan Tingkatan 6 (semester 1) kembali memulakan sesi persekolahan sejak semalam dengan pemantauan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mewajibkan setiap sekolah untuk mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kalai, Suryani Nazmin, berkata semua pihak yang hadir ke sekolah termasuk kakitangan dan pelajar akan disaring bagi pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.

“Bagi memudahkan urusan saringan dan pemeriksaan suhu, pihak sekolah menggunakan kaedah imbasan Kod QR kepada semua warga sekolah termasuklah pekerja kebersihan, pekerja kantin dan juga pengawal keselamatan menerusi aplikasi yang disediakan.

“Setiap pelajar diberikan kad pelajar yang lengkap dengan nama dan kelas dimana pada setiap pagi, guru akan membantu membuat saringan suhu dengan mengimbas Kod QR yang dipakai oleh pelajar,” katanya ketika ditemui di SK Kalai, di sini semalam.

Kad pelajar juga digunakan sebagai penanda pelajar keluar ke tandas atau menggunakan tandas.

Kad pelajar juga digunakan sebagai penanda pelajar keluar ke tandas atau menggunakan tandas.

Menurut Suryani, kaedah ini lebih mudah dan cepat serta guru bertugas dapat mengawal pergerakan pelajar di pintu masuk utama sekolah semasa ketibaan pelajar.

“Kesemua maklumat berkaitan pelajar telah dimasukkan ke dalam aplikasi tersebut dan guru hanya perlu mengisi bacaan suhu pelajar dan dihantar terus ke dalam sistem untuk direkodkan.

“Selain berperanan untuk mengimbas kehadiran pelajar, kad pelajar juga digunakan sebagai penanda untuk pelajar ke tandas,” katanya.

Selain meminimakan sentuhan kepada objek lain, kaedah ini dilihat lebih sistematik dan cepat serta memudahkan urusan rekod harian.

“Selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dikeluarkan KPM, turut ditetapkan bahawa jika suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala mereka tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda