Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SSM Gesa Orang Ramai Hati-hati Dengan Perkhidmatan Tidak Berdaftar

By 9 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 9 Jul (Malaysiaaktif) –Ā Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggesa orang ramai agar berhati-hati dengan perkhidmatan yang tidak berdaftar dengan suruhanjaya itu bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

SSM dalam satu kenyataan memaklumkan ia susulan aduan rasmi yang diterima daripada orang awam berhubung wujudnya khidmat ejen bebas, model bebasĀ dan jurusolek artis yang menawarkan perkhidmatanĀ bagi tujuan perniagaan melalui laman Facebook.

ā€œHasil semakan dan pemantauan mengesahkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan tidak didaftarkan dan ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (1) (a), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 iaitu gagal mendaftarkan perniagaan yang jika sabit kesalahanĀ boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,ā€ menurut kenyataan itu, hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel kepadaĀ [email protected]Ā atau layari laman sesawangĀ www.ssm.com.myĀ untuk maklumat lanjut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda