Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Urus Sisa Toksik Dengan Baik Atau Berdepan Hukuman Maksimum

By 15 Julai 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Semua pihak terutamanya pengusaha industri diberi amaran tegas supaya lebih bertanggungjawab menguruskan sisa toksik dan buangan terjadual berbahaya atau bersedia berdepan hukuman perundangan paling maksimum.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata amaran ituĀ susulanĀ penemuan lebih 1,000 tong dram dan ā€˜jumbo bag’ disyaki mengandungi bahan enapcemar minyak sertaĀ getah selain buangan pigmen danĀ campuran buangan toksik secara haram di kawasan seluas hampir satu hektarĀ di Jalan Sijangkang Utama, Johan Setia di sini, semalam.

ā€œDua lot tanah ituĀ diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor hasil risikan sejak sebulan lalu. Siasatan awal mendapati ia beroperasi sejak tiga bulan lepas iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

ā€œJAS Selangor sedang membuat pensampelan ke atas kesemua bahan buangan tersebut untuk dianalisis Jabatan Kimia bagi menentukan jenisnyaĀ selain mengumpul bukti untuk menjejaki dan mendakwa pihak tidak bertanggungjawab itu,ā€ katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi pembuangan sisa toksik haram terbabit, hari ini.

Turut meninjau lokasi pembuangan sisa toksik haram itu adalah Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Hal Ehwal Pengguna SelangorĀ Hee Loy Sian, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri DrĀ Zaini Ujang dan Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar.

Tuan Ibrahim menegaskan JASĀ tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang elemen pencemaran dan beliau yakin pihak tidak bertanggungjawab itu akan dapat dijejaki dalam masa terdekat untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 16,18,19, 34A, 34B dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Contohnya kata beliau, bagi kesalahan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling, pihak yang didakwa boleh dihukum penjara mandatori dan didenda sehingga setengah juta ringgit, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama kata Tuan Ibrahim,Ā pihaknya juga mendapat kerjasama baik dengan kerajaan negeri Selangor bagi mengesanĀ pemilik tanah lot berkenaan untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, Hee berkata lokasiĀ yang menjadi ā€˜mangsa’ pembuangan sisa toksik haram itu berstatus tanah pertanian yang kedua-dua pemiliknya sudah dikenal pasti.

ā€œApa yang berlaku di sini telah melanggar syarat guna tanah. Oleh itu, Notis 7A di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara 1965 dikeluarkan kepada pemilikĀ terbabit dan mereka harus bersedia berlakunya rampasan tanah jika tiada respons daripada kedua-dua pihak itu dalam tempoh sebulan dari tarikh notis,ā€ katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata kerajaan dalam proses membina lima kemudahan pengurusan sisa bersepadu iaitu di Johor, Perak, Terengganu, Sabah dan Pulau Pinang bagi memastikan sisa buangan terjadual dapat diurus dengan lebih baik serta cermat.

Ditanya mengapa Selangor tidak dibina kemudahan sama memandangkan negeri ini mempunyai sektor industri yang sangat berkembang, beliau berkata pengusaha industri boleh memanfaatkan pusat pelupusan buangan terjadual di Negeri Sembilan kerana jaraknya tidak terlalu jauh.

Jelas beliau, ketiadaan pusat pelupusan buangan terjadual di setiap negeri bukan alasan wujudnya tapak pembuangan sisa kimia haram kerana ia lebih kepada sikap pengusaha industri atau syarikat pengangkut bahan itu yang tidak mementingkan penjagaan alam sekitar.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda