Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

Konvoi Sambutan Bulan Kebangsaan Gelorakan Sambutan Hari Kebangsaan Warga Ibu Kota

By 31 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Nor Liza Tengku Yahya/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengadakan Konvoi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang bagi menggelorakan Sambutan Hari Kebangsaan yang disambut hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, berkata tujuan utama anjuran konvoi ini adalah untuk menyemarakkan suasana Sambutan Bulan Kebangsaan, khususnya Hari Kemerdekaan ke-63 di sekitar Kuala Lumpur.

“Cinta pada negara perlu dizahirkan oleh setiap rakyat Malaysia sekurang-kurangnya dengan mengibarkan lambang negara, Jalur Gemilang, kita perlu menanamkan semangat ‘Malaysia Prihatin’ dalam diri kita sebagai tanda patriotik kepada negara, kerajaan malah antara kita satu sama lain.

Sukari (tengah) turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada golongan peniaga di Taman Metropolitan Kepong.

Sukari (tengah) turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada golongan peniaga di Taman Metropolitan Kepong.

“Semangat ‘Malaysia Prihatin’ akan menjadi panduan hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia dengan tolong-menolong antara satu sama lain apabila mengalami kesusahan selain bantuan atau inisiatif Kerajaan kepada rakyat,” katanya sebelum menyempurnakan acara pelepasan konvoi di MaTiC, Jalan Ampang, semalam.

Konvoi yang melibatkan tujuh kenderaan jabatan/agensi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyusuri jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur dengan memasangkan lagu-lagu patriotik, menggamatkan suasana di samping membangkitkan keterujaan warga kota menyambut sambutan ini.

Menarik perhatian warga kota pada kali ini adalah penyertaan bas ‘KL Hop-On-Hop-Off’ dalam konvoi ini anjuran JaPen WPKL dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Ketibaan para peserta konvoi juga disambut meriah masyarakat setempat dengan persembahan tarian singa persatuan tempatan.

Ketibaan para peserta konvoi juga disambut meriah masyarakat setempat dengan persembahan tarian singa persatuan tempatan.

Bermula dari MaTiC, Jalan Ampang, Konvoi Sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang ini telah menjelajah melalui beberapa lokasi perhentian termasuk Pasar Jalan Wirawati, Taman Metropolitan Kepong, Taman Sejahtera Segambut, Masjid Saidina Uthman Ibn Affan dan berakhir di perkarangan pusat beli-belah terkenal ibu kota..

Selain mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai di setiap lokasi perhentian, pengisian lain bagi memperingati hari bersejarah ini adalah acara melafazkan Rukun Negara, menaikkan bendera Jalur Gemilang diiringi nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan acara terbangkan layang-layang Jalur Gemilang.

Ketibaan para peserta konvoi juga disambut meriah masyarakat setempat dengan persembahan silat, gendang India dan tarian singa.

-SH

Tinggalkan komen anda