Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

“Malaysia Prihatin” Suburkan Semangat Patriotisme dalam Kalangan Rakyat

By 31 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Foto JaPen

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Pemilihan tema “Malaysia Prihatin” pada tahun ini bertepatan dengan hasrat kerajaan menyuburkan semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia serta bersesuaian dengan keadaan semasa negara yang sedang memerangi Pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, walaupun pada tahun ini orang ramai tidak dapat menyaksikan perarakan
kontinjen beruniform, aset-aset keselamatan dan juga persembahan-persembahan
simbolik sambutan secara langsung di lokasi seperti kelaziman namun, kemeriahan sambutan tetap dirasai dengan keunikan kandungan tayangan siaran khas yang dijayakan kementerian serta agensi berkaitan.

“Sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada kali ini telah dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah, diurus setiakan oleh kementerian tersebut dengan garapan dan
penyelarasan program khas siaran langsung yang diterajui oleh RTM.

“Penonton di rumah dapat menyaksikan siaran di skrin melalui pengalaman video, audio 3D serta imej janaan komputer,” kata kenyataan itu.

Selari dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menyekat penularan Pandemik COVID-19, siaran khas secara Teknologi Mixed Reality turut disediakan menerusi rakaman awal di tujuh lokasi berbeza.

“Rakaman awal dirakam melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Polis Diraja Malaysia di PULAPOL, Tentera Darat Malaysia di Port Dickson dan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.

“Turut dirakamkan Upacara menaikkan Jalur Gemilang disertai kontinjen berkuda Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia di Dataran Putra, Persembahan Orkestra di Dataran Merdeka dan Bacaan Ikrar di Tugu Negara,” katanya.

Tinggalkan komen anda