Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Martabat Felda Diangkat Generasi Terdahulu – Termizi

By 10 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

SUNGKAI, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Generasi kini seharusnya menghargai perjuangan generasi terdahulu yang telah berjaya memajukan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ke tahap yang lebih baik kini.

Menurut Penolong Pengurus Besar FELDA Wilayah Trolak Termizi Lee, generasi sekarang seharusnya berbangga dengan generasi terdahulu kerana berjaya memartabatkan organisasi tersebut.

“Banyak perubahan telah berlaku sejak FELDA ditubuhkan sehingga sekarang, jika dahulu jalan FELDA hanya berlandaskan tanah merah sekarang kita mampu mengunakan jalan tar.

“Malah terdapat juga anak-anak generasi terdahulu yang berjaya dalam hidup bahkan ada yang menjadi pemimpin dalam kalangan masyarakat hari ini,” katanya pada program Merdeka@Komuniti FELDA di Dewan Semai Bakti, FELDA Besout 1, di sini semalam.

Menurut Termizi, Penubuhan FELDA yang diilhamkan Tun Abdul Razak telah banyak membantu rakyat ketika itu malah terus memberi manfaat sehingga kini.

“Penubuhan tanah rancangan FELDA ini telah diusahakan oleh Bekas Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hj Hussein, maka kita seharusnya berterima kasih kepada Allahyarham kerana membantu rakyat pada ketika itu yang hidup dalam kesusahan,” katanya.

Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Perak Syarifah Anita Wafa Syed Munir Wafa dan Ketua Peneroka Rancangan FELDA Besout 1 Alias Salion.

-SH

Tinggalkan komen anda