Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Jeti Merang Meriah Dengan Kibaran Jalur Gemilang

By 10 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

SETIU, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kemerdekaan serta kempen mengibar Jalur Gemilang merupakan usaha murni untuk mengingati ulang tahun Hari Kebangsaan Negara pada setiap tahun.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Azahar Ismail, berkata pelbagai peruntukan diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha dan menjayakan program kemerdekaan agar rakyat di seluruh pelusuk negara bersama-sama meraikannya.

“Meskipun negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tetapi program bersifat patriotisme tetap diteruskan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail dan Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari Abdul Rahman memacak Jalur Gemilang di bot sebagai simbolik program Merdeka @ Komuniti di Jeti Merang, Setiu.

Pengarah Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail dan Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari Abdul Rahman memacak Jalur Gemilang di bot sebagai simbolik program Merdeka @ Komuniti di Jeti Merang, Setiu.

“Walaupun program hari ini ringkas, tetapi ianya cukup bermakna kerana kita semua dapat berkumpul bersama melahirkan tanda kecintaan dan kesetiaan kita kepada negara ini,” katanya ketika merasmikan Program Merdeka@Komuniti Daerah Setiu, di Jeti Merang, Setiu.

Azahar turut mengingatkan kes COVID-19 masih belum tamat dan meminta agar semua pihak perlu berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan PKPP yang ditetapkan oleh kerajaan agar tidak dikenakan kompaun.

Dalam pada itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Zul Bhari Abdul Rahman, berkata program yang diadakan ini menyelusuri satu peristiwa besar dan bersejarah kepada negara untuk menunjukkan sayang kita kepada negara dan tanah air.

Orang awam yang hadir ke program Merdeka@Komuniti mematuhi SOP yang ditetapkan.

Orang awam yang hadir ke program Merdeka@Komuniti mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Bersama kita meletakkan diri kita sebagai hamba yang padu cinta dan kasih kepada anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Penerangan Terengganu kerana menganjurkan program yang boleh menyuntik kesedaran dan semangat jati diri untuk meletakkan kasih kepada negara.

Pelancong luar negeri yang berada di Jeti Merang untuk ke Pulau Redang turut sama mengibar Jalur Gemilang.

Pelancong luar negeri yang berada di Jeti Merang untuk ke Pulau Redang turut sama mengibar Jalur Gemilang.

Seorang pelancong, Wee Kim Siong, berkata, menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini terus kekal aman, sejahtera dan makmur.

Wee Kim Siong (tengah) menerima Jalur Gemilang yang diedarkan ketika program.

Wee Kim Siong (tengah) menerima Jalur Gemilang yang diedarkan ketika program.

“Kestabilan ekonomi dan politik yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan pejuang kemerdekaan sejak dahulu hingga sekarang, oleh itu hayatilah erti kemerdekaan ini,” katanya.

Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini meriah dengan kibaran Jalur Gemilang yang dipasang di sekitar jeti dan feri serta bot dan penglibatan wakil agensi kerajaan, swasta serta pelancong dalam dan luar negeri yang berada di jeti untuk ke Pulau Redang.

-ii-

Tinggalkan komen anda