Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

MEDAC Bangunkan Aplikasi Jualan Dalam Talian untuk Kemudahan Rakyat

By 30 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan membangunkan satu aplikasi penjualan dalam talian untuk kemudahan semua rakyat negara ini yang bakal menyaingi platform sedia ada seperti Lazada, Shopee dan Alibaba, kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk mewujudkan sebuah aplikasi yang pada peringkat awal ini diberi nama Online Market.

“Saya sudah meminta pihak Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Institut Keusahawan Negara (Insken), Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)  untuk membuat kajian terhadap pelaksanaan aplikasi berkenaan.

“Bila ada aplikasi dari kementerian ini, semua pengguna tidak perlu lagi akses kepada Lazada, Shopee ataupun Alibaba kerana caj mereka ini lebih tinggi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Bicara Ilmu: Jana Pendapatan Dengan Aplikasi Smartphone, di Kampung Bako, Kuching semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata apabila aplikasi itu dilancarkan nanti, beliau cukup yakin bahawa ia akan menjadi satu pergerakan penjualan dalam talian terbesar di dalam negara.

“Kalau pihak kementerian mengadakan aplikasinya sendiri dengan secara langsung ia dapat memudahkan pengguna dan semua syarikat penjual juga nanti boleh bersama dengan kita untuk berniaga dalam talian,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda