Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pengawal Keselamatan Tertembak Pengurus Bank

By 28 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noriah Athan (Gombak)/PDRM

RAWANG, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki cedera setelah terkena tembakan senjata api milik pengawal keselamatan dalam kejadian di sebuah bank di Jalan Bandar Rawang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian sekitar pukul 1.20 tengahari ketika mangsa sedang bekerja.

“Beliau (mangsa) bertugas sebagai pengurus kawasan (Area Manager ) bank tersebut yang sedang bekerja semasa kejadian.

“Mangsa yang berusia 57 itu terkena tembakan dan mengalami kecederaan di lengan kanan.

“Dia kemudiannya telah dirawat di Hospital Selayang dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Arifai berkata pengawal keselamatan berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

“Suspek berusia 26 itu dikatakan telah terlepas tembakan sebaik sahaja keluar dari tandas bank tersebut.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek bekerja di bank berkenaan sejak Januari tahun lalu serta memiliki lesen membawa dan menggunakan senjata api,” jelasnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda