Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sanitasi Awam Diteruskan dalam PKPP

By 31 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Operasi sanitasi tempat awam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diteruskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang disambung bermula esok sehingga 31 Dis depan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

“Tumpuan akan diberikan pada kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan 2020 peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di ibu pejabat JBPM di sini, hari ini.

Sehingga 30 Ogos, katanya sebanyak 9,792 operasi sanitasi awam bagi membendung penularan COVID-19 sudah dilakukan melibatkan 12,914 premis di seluruh negara termasuk pusat perniagaan, bangunan kerajaan, kawasan perumahan, tempat awam dan pasar raya.

Pada majlis hari ini, Ismail turut menyambut ketibaan Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 38, dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Baru yang menamatkan kayuhan solo amal ‘Mencari Hati Emas’ serta berjaya mengumpul sebanyak RM27,144 untuk tabung kebajikan warga JBPM.

Mohd Fakhrul Munir memulakan kayuhan pada 6 Ogos dengan melalui semua negeri di Semenanjung melibatkan perjalanan sejauh 2,400km dan singgah di 105 balai JBPM di sepanjang laluannya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda