Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Enam Kes Baharu Termasuk Satu Libatkan Kluster MV Glen

By 3 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Enam kes┬ábaharu COVID-19 dilaporkan, termasuk┬ásatu┬ákes melibatkan┬áKluster┬áMV Glen di Selangor, kata┬áKetua Pengarah┬áKesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dengan perkembangan itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 9,360 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 153.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu, empat daripadanya kes import yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara, manakala dua lagi kes adalah penularan tempatan membabitkan warga Malaysia.

ÔÇťEmpat kes import tersebut adalah dari Indonesia (tiga┬ákes) dan┬áSyria (satu┬ákes).

ÔÇťBagi kes penularan┬átempatan, satu kes daripada Kluster MV Glen┬ádan┬ásatu┬álagi kes saringan di tempat kerja di Pahang. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,ÔÇŁ katanya dalam kenyataan,┬ásemalam.

Dr Noor Hisham berkata tiada kematian direkodkan semalam dan jumlah maut akibat wabak itu kekal 128.

Beliau berkata terdapat empat kes COVID-19 pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 9,079 kes atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga hari ini, sebanyak empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda