Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

‘Jadi Wanita Bijak’ Perangi Jenayah Siber

By 29 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhasnani Abdul Wahab (Melaka)

AYER KEROH, 29 Sep (Malaysiaaktif) – PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Penerangan Melaka, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (MCMC) Melaka menganjurkan Program Kesedaran Jenayah Siber ‘Jadi Wanita Bijak’ yang berlangsung di Dewan Auditorium Seri Negeri, di sini baru-baru ini.

Penganalisis Jenayah Negara, Kamal Affandi.

Penganalisis Jenayah Negara, Kamal Affandi.

Program bertujuan memberi panduan kepada ahli PUSPANITA sebagai ibu dalam mendalami kemahiran keibubapaan siber dalam dunia digital serta diharapkan dapat membantu para peserta untuk melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak secara dalam talian.

Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, golongan wanita dan kanak-kanak perempuan lingkungan umur 14 tahun ke bawah antara yang menjadi sasaran kepada penjenayah siber.

“Ketika ini, ibu bapa harus juga peka dan sensitif melihat apa yang bertambah dalam koleksi barangan anak-anak kemungkinan ada barangan yang bertambah itu datang dari pemangsa yang sedang memenuhi kehendak anak-anak,” katanya.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka Zarina Mohd Yusoff, menyarankan ibu bapa memberi pengawasan untuk membantu anak-anak mendapatkan manfaat daripada dunia dalam talian dan pada masa yang sama, kekal selamat dan bertanggungjawab.

“Ahli-ahli PUSPANITA juga diingatkan untuk bijak berinteraksi dalam laman sosial untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Dalam majlis sama, peserta turut diberikan info berkaitan pencegahan Jenayah Siber oleh Penolong Pengarah MCMC Melaka, Mohamad Arif Haron,.

Dalam majlis sama, peserta turut diberikan info berkaitan pencegahan Jenayah Siber oleh Penolong Pengarah MCMC Melaka, Mohamad Arif Haron.

-KN

Tinggalkan komen anda