Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

FINAS Intai Potensi Lokasi Menarik Penggambaran

By 29 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah, meninjau kawasan-kawasan berpotensi untuk dijadikan lokasi penggambaran drama sekaligus dapat mempromosikan tempat-tempat yang menarik sekitar Pahang seperti Pulau Ular yang kini menjadi tular dalam kalangan masyarakat.

“Tumpuan juga akan diberikan bagi mempromosikan Cherating sebagai kawasan inap desa, selepas sektor pelancongan di kawasan sekitar tersebut terjejas ekoran pandemik COVID-19,” katanya sempena Program Komuniti Prihatin Malaysia Tercinta di Dewan Orang Ramai Sungai Ular, di sini baru-baru ini.

Menteri KKMM mengacau bubur Asyura bersama masyarakat setempat di masjid Jamek Beserah, Kuantan.

Saifuddin mengacau bubur asyura bersama masyarakat setempat di Masjid Jamek Beserah, Kuantan.

Saifuddin turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada masyarakat kurang berkemampuan di kawasan tersebut dan menyampaikan hadiah pertandingan bersempena Hari Kebangsaan serta merasmikan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2020 Peringkat Kampung Sungai Ular.

Turut Hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Kampung Sungai Ular dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) kampung tersebut.

-KN

Tinggalkan komen anda