Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Galak Pengguna Beli Barang Buatan Malaysia

By 8 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Program Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pengguna membeli barang buatan Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata inisiatif tersebut bertujuan membantu pengusaha tempatan untuk mempromosikan pelbagai bentuk barangan, produk dan perkhidmatan buatan tempatan bagi merancakkan kembali sektor peruncitan dan mengembalikan permintaan pasaran dalam negara.

“Selain untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik, ia juga merupakan usaha untuk mengembalikan dan mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan keluaran tempatan terutama selepas tempoh pandemik COVID-19.

“Oleh itu, rakyat Malaysia perlu meningkatkan semangat patriotisme dan membantu ekonomi negara melalui sokongan dengan membeli barangan buatan Malaysia agar ekonomi kekal berlegar di dalam negara tanpa banyak pengaliran wang keluar,” katanya pada Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia dan Pogram Jualan Malaysia Peringkat Negeri, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Nordin Siman.

-SH

Tinggalkan komen anda