Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perpaduan Asas Kejayaan Negara

By 10 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marina Hila Idris (Klang)

KLANG, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Perpaduan merupakan elemen terpenting negara dalam menjana sesebuah kejayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, berkata kesepaduan masyarakat akan mewujudkan kekuatan, kemajuan dan keharmonian.

“Kesejahteraan negara tidak akan tercapai sekiranya aspek penyatuan masyarakat tidak dijaga dengan baik.

“Perpaduan bermaksud penyatuan masyarakat yang memainkan peranan penting dalam usaha memastikan kejayaan sesebuah negara,” katanya.

Menurutnya, cabaran perpaduan masa kini ialah penyebaran berita berunsurkan fitnah di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Masyarakat harus bekerjasama membentuk generasi yang tidak terpengaruh untuk menyebarkan fitnah.

“Masyarakat perlu jati diri kukuh dan meletakkan kedaulatan negara sebagai perkara utama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan sesi maklum balas rakyat mengenai draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 daerah Klang di Hotel Goldcourse, di sini semalam.

Program berkenaan dihadiri 70 peserta terdiri wakil-wakil jabatan serta agensi kerajaan dan pemimpin-pemimpin tempatan sekitar daerah Klang.

Mengulas lanjut, beliau berkata program bertemakan ‘Berfikir Perpaduan Bersama Rakyat’ tersebut bertujuan mendapatkan maklum balas bersasar untuk mengukuhkan draf dokumen draf PTPN 2021-2025.

“Ianya merupakan platform terbaik untuk rakyat menyalurkan pandangan berkenaan perpaduan yang diimpikan di negara ini.

“Cadangan program, intervensi yang efektif dan holistik melalui penilaian kefahaman dan penghayatan Rukun Negara turut diekstrak melalui sesi ini,” jelasnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda