Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SPR Siap Siaga Hadapi PRU

By 11 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang peserta terdiri daripada golongan pendidik dan juga anggota keselamatan sekitar negeri Kedah terlibat dalam taklimat persediaan awal menghadapi pilihan raya.

Taklimat bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan logistik pusat mengundi, undi awal, undi pos serta tatacara pengundian semasa normal baharu pandemik COVID-19, di mana pengundi perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Mohd Faishol Abu Bakar, berkata taklimat ini adalah sebagai persiapan SPR agar sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi situasi bila-bila masa sahaja jika parlimen dibubarkan.

“Pihak SPR sentiasa mengemaskini data-data pengundi untuk semakan semasa, dan sepatutnya tahun 2023 kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, namun melihat kepada situasi suasana politik semasa, kami di Suruhanjaya Pilihan Raya perlu lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jikalau pilihan raya umum berlaku dalam masa terdekat,” katanya ketika menyampaikan taklimat dalam program tersebut,” di sini semalam.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir Azizi Abu Bakar, 54, berkata program taklimat seperti ini amat baik untuk pihak sekolah yang terpilih sebagai pusat mengundi untuk bersiap sedia dari segi logistik, fasiliti dan juga keadaan persekitaran sekolah agar sentiasa bersedia dalam menghadapi proses PRU nanti.

“Walaupun setiap yang hadir hari ini mempunyai pengalaman bertugas semasa pilihan raya ke-14, namun taklimat ini banyak membantu saya dan rakan-rakan kerana pilihan raya kali ini berbeza, setiap pengundi perlu melalui pengalaman baharu mengundi mengikut normal baharu,” ujarnya.

Menurut Penghulu Mukim Sungai Batu Fariz Mokhtar, 29, pula menyifatkan taklimat seperti ini cukup bermakna bagi dirinya yang merupakan kali kedua bertugas semasa proses pilihan raya dan ianya amat membantu dalam mengetahui selok belok bertugas pada pilihan raya normal baharu itu nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda