
Laporan/foto: Eviannie Kin (Sabah)/MKN Sabah
KOTA KINABALU, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama dan semangat patriotism perlu ada pada setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, SH Sitti Saleha Habib Yussof berharap agar semua pihak memberi kerjasama dan sokongan terhadap usaha agensi penguatkuasaan dalam membanteras pencerobohan Pendatang Tanpa Izin (PATI).
āAgensi penguatkuasa juga sangat menghargai sebarang maklumat dan bantuan yang diberikan oleh penduduk tempatan dalam menjejaki dan menangkap PATI yang menyusup masuk ke negara kita.

Petugas Kesihatan menjalankan saringan COVID-19 pada setiap PATI sebelum dihantar pulang ke negara asal.
āOrang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pencerobohan PATI tidak perlu takut atau ragu untuk segera menghubungiĀ National Task ForceĀ di talian 011-62511223.
āBersama-sama kita pastikan kebanjiran PATI dan ancaman COVID-19 tidak lagi membelenggu negara kita,ā katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata padaĀ 3 September lepas, seramaiĀ 131 PATI IndonesiaĀ diusir ke negara asal menaiki kapal dari pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.
“Ini merupakan pengusiran siriĀ ke-25Ā melalui laut pada tahun ini melibatkaĀ PATI Indonesia dan Filipina.
āIni juga menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran PATI keluar dari Sabah sepanjang tahun ini seramaiĀ 6,155 orangĀ termasuk 221 orang ke lain-lain negara yang diusir melalui udara (Pakistan, China, Vietnam, Hong Kong, Korea Selatan dan lain-lain) dan diuruskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah,ā jelas Saleha.
-SH