Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Cintakan Negara Dengan Zahirkan Kesyukuran – Zainol

By 5 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Digital Perak (Ipoh)

LANGKAP, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Rakyat di negara ini seharusnya berasa bertuah dengan menzahirkan kesyukuran berada dalam sebuah negara yang aman merdeka dan memastikan keamanan yang dikecapi ini berkekalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin, berkata patriotisme ialah semangat cintakan negara yang bukan sekadar menjadi slogan tetapi perlu disemat dalam diri.

“Angka 63 tahun merdeka akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak melakukan sebarang pengisian sewajarnya.

“Dalam merealisasikan kempen Kibar Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Negeri Perak bersama-sama kerajaan negeri telah menyusun pelbagai program dalam menggelorakan semangat cinta akan negara,” katanya ketika berucap dalam majlis [email protected] sempena Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Perak, di sini kelmarin.

Biarpun sambutan Hari Kebangsaan tahun ini agak berbeza daripada kebiasaan dengan pendekatan norma baharu dititikberatkan namun semangat yang ditunjukkan rakyat Malaysia amat jelas melalui program-program yang dianjurkan.

“Program konvoi ini misalnya secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama yang menjadi tunggak utama dalam menstabilkan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial.

“Keprihatinan kerajaan dijelaskan dengan mengutamakan kesejahteraan dan kebajkan rakyat melalui inisiatif merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda