Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Teknologi Moden Pancing Kerjaya Nelayan

By 4 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Saban tahun, negara kehilangan hasil perikanan antara RM5 ke 6 bilion dari segi hasil akibat kekurangan nelayan tempatan dan pencerobohan nelayan asing.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim, berkata penggunaan teknologi moden diperlukan supaya nelayan boleh dijadikan sebagai kerjaya yang dapat membuahkan pulangan yang lumayan sebagaimana di negara-negara maju seperti Australia, Hong Kong dan Jepun.

“Masalah utama ialah tanggapan bahawa nelayan tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan menjadikan kerjaya ini di pandang sepi dan tidak dapat menarik minat golongan muda untuk menceburkan diri.

Ahmad Amzad Hashim diiringi Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som merasmikan majlis.

Ahmad Amzad Hashim diiringi Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som merasmikan majlis.

“Selain itu, hasil laut kita dikaut oleh nelayan asing mungkin kerana rakyat kita kurang ke laut menyebabkan ruang terbuka luas kepada mereka. Jadi, sudah tiba masanya kerjaya ini dijenamakan sebagai kerjaya yang dapat menarik minat golongan muda,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu turut berkata, MOSTI telah dipertanggungjawabkan untuk membantu meningkatkan kembali hasil perikanan dengan cara memperkenalkan permodenan teknologi perikanan baharu yang secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai rakyat untuk menjadi nelayan.

Ahmad Amzad Hashim diberi taklimat dan penerangan cara-cara menggunakan senjata oleh anggota penguatkuasa Maritim.

Ahmad Amzad Hashim diberi taklimat dan penerangan cara-cara menggunakan senjata oleh anggota penguatkuasa Maritim.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran dan Eksesais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Galeri Drawbridge di sini, baru-baru ini.

Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang tanggungjawab APMM dalam mengawal selia perairan Terengganu dari pencerobohan lanun dan nelayan asing yang membuat hasil laut serta kekayaan di perairan negara.

Replika kapal Maritim yang dipamerkan pada Pameran dan Eksesais APMM.

Replika kapal Maritim yang dipamerkan pada Pameran dan Eksesais APMM.

Menurut pihak pengurusan Drawbridge, TI Properties, pihaknya bekerjasama bersama APMM untuk mengadakan pameran kapal, bot dan kelengkapan APMM di Terengganu Drawbridge dan berharap kerjasama ini memberi impak yang lebih besar kepada pelancongan domestik di mana kerajaan kini menggalakkan rakyat Malaysia supaya melancong di dalam negara bagi membantu menaikkan ekonomi negara.

Turut hadir, Ketua Pengarah APMM Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som, Pengerusi TI Properties Sdn. Bhd Maliaman Kassim, Pengerusi dan Pengarah TI Properties Sdn. Bhd Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

-ii-

Tinggalkan komen anda