Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Penumpang Feri Pulau Pinang Semarakkan Bulan Kebangsaan

By 4 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Md Sharif (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara mengadakan program Info on Wheels (IoW) Merdeka baru-baru ini di Feri Pulau Angsa bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Pengerusi Suruhnjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Tan Teik Cheng turut hadir ke IOW Merdeka di atas Feri Pulau Angsa.

Pengerusi Suruhnjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Tan Teik Cheng turut hadir ke IOW Merdeka di atas Feri Pulau Angsa.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya itu Tan Teik Cheng, program ini merupakan salah satu program yang cukup baik dalam usaha Jabatan Penerangan menyemai semangat cintakan negara di dalam semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.

“Usaha Jabatan Penerangan dalam membuat hebahan isu semasa dan dasar-dasar kerajaan melalui hebahan Unit Bergerak perlu diteruskan walaupun sekarang merupakan zaman digital, namun kaedah hebahan sebegini masih relevan,” katanya sempena program tersebut, baru-baru ini.

Tan Teik Cheng, meletakkan Jalur Gemilang di kenderaan penumpang feri.

Tan Teik Cheng, meletakkan Jalur Gemilang di kenderaan penumpang feri.

Seorang penumpang yang ditemui, Ismail Mohd Shaffie dari Selangor berkata, beliau amat teruja dan berbangga atas usaha Jabatan Penerangan melaksanakan program sebegini dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan mengedarkan Jalur Gemilang secara percuma kepada para penumpang.

Ismail Mohd Shaffie bersama isteri amat teruja dan berbangga atas usaha Jabatan Penerangan Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Ismail Mohd Shaffie bersama isteri amat teruja dan berbangga atas usaha Jabatan Penerangan Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

“Sebagai warganegara Malaysia, saya amat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan di atas usaha untuk memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini,” katanya.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada penumpang Feri Pulau Angsa.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada penumpang Feri Pulau Angsa.

Program dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang secara beramai-ramai sepanjang berada di atas feri Pulau Angsa yang bermula dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown.

-ii-

Tinggalkan komen anda