
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Air Selangor
SHAH ALAM, 3 Sep (Malaysiaaktif) ā Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami ganguan bekalan air tidak berjadual susulan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, berkata langkah berkenaan diambil berikutan pencemaran yang telah dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.
āLRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada pukulĀ 7.15 pagi, sementara LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) juga terpaksa dihenti tugas pada jam 9.00 pagi.
āGangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula pukulĀ 10.00 pagi ini,ā katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
āAir Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan kadar segera.
āPara pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat,ā katanya.
-NAZ