Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tujuh Wilayah Alami Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual

By 3 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Air Selangor

SHAH ALAM, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami ganguan bekalan air tidak berjadual susulan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, berkata langkah berkenaan diambil berikutan pencemaran yang telah dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

ā€œLRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada pukulĀ 7.15 pagi, sementara LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) juga terpaksa dihenti tugas pada jam 9.00 pagi.

ā€œGangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula pukulĀ 10.00 pagi ini,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

ā€œAir Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan kadar segera.

ā€œPara pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat,ā€ katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda