Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

26 Pelanggan Pusat Hiburan Dikompaun

By 11 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 26 pelanggan di sebuah pusat hiburan di USJ 19, Subang Jaya, dikompaun awal pagi tadi kerana ingkar dengan arahan prosedur operasi standad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pegawai TurusĀ Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) SelangorĀ DSP Zuhairee Mohamad Rashid berkata dalam serbuan 2.30 pagi itu, tiga penjaga premis dan 10 pelayanĀ pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia antara 20 hingga 43 tahun turut ditahan.

ā€œSemasa serbuan dilakukan kesemua pelanggan di situ didapati berhibur tanpa penjarakan fizikal dan telah melanggar SOP ditetapkan.

ā€œSusulan itu, polis mengambil tindakan kompaun mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit BerjangkitĀ  (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)Ā Ā 2020,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkanĀ semalam.

Menurut Zuhairee, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH) 1998, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda