
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 1,140 anggota tentera dikerah membantu negara dan pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan rantaian penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan hari ini menyebut anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terbabit penugasan sekatan jalan raya serta rondaan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Panglima ATM Tan Sri Affendi Buang menggagaskan ATM sentiasa komited dan bersiap siaga membantu agensi lain berkaitan bagi menangani pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga,â menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut melalui âOp Penawar,â anggota tentera diatur gerak bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
âAnggota tentera akan meningkatkan aspek kawalan seperti pemasangan wayar concertina di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi sepertimana yang dilaksanakan di Kunak dan Semporna, Sabah.
âIni termasuk pelaksanaan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan dalam membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang telah ditetapkan,â menurut kenyataan itu.
Markas ATM berkata atur gerak anggota akan ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa terutama di kawasan PKPD dan PKPDB di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu serta PKPB Mukim Klang.
âSebagai contoh, sehingga semalam TDMÂ telah menambah 40 anggota untuk ditugaskan di kawasan Zon Merah di Mukim Klang,â katanya.
Dalam pada itu, Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan kerjasama agensi keselamatan lain seperti ATM, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Op Benteng akan terus mempertingkat kawalan sempadan maritim dan darat.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa kawasan Pantai Timur Sabah akan diberikan fokus untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dari negara jiran.
âIni juga termasuk memperkasakan kerjasama kawalan persempadanan di bawah tanggungjawab Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),â menurut kenyataan itu.
— BERNAMA