Skip to main content
HomePutrajaya

Genius Kurnia Mantapkan Pematuhan SOP Sebelum Beroperasi Semula

By 22 Oktober 2020Tiada komen3 minit bacaan

PUTRAJAYA, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Pusat intervensi awal kanak-kanak autisme berumur bawah tujuh tahun, Genius Kurnia, melakukan persiapan awal dari segi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebelum dibenarkan beroperasi semula apabilaĀ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Lembah Klang berakhir nanti.

Pemangku Pengarah Genius Kurnia DrĀ Nil Farakh Sulaiman berkata pihaknya telah mengeluarkan SOP seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan sesi intervensi di pusat itu berjalan dengan lancar dan berkesan.

ā€œKami di pihak pentadbiran (Genius Kurnia) sentiasa berkomunikasi rapat dengan pihak pentadbiran atasan KPM dan dariĀ situ kami boleh menjangkakan bahawa dalam masa seminggu atau dua minggu lebih lagi pusat ini akan dibuka, jadi kami boleh bertindak dan membuat persiapan awal.

Kami telah membuat taklimat secara berasingan secara dalam talian kepada kumpulan pegawai intervensi, penolong pegawai intervensi, ibu bapa serta ahli kumpulan pelaksana (AKP) dan dari situ kami jelaskan apakah SOP yang perlu dipatuhi apabila pusat ini beroperasi semula.

Kami juga menjemput wakil bomba untuk taklimat khusus kepada pengawal keselamatan, operator kantin dan pekerja pembersihan ā€ katanya kepada Bernama di dalam satu temu bual eksklusif di Pusat Genius Kurnia di Sentul, di siniĀ baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata antara persediaan lain yang dilakukan termasuk proses sanitasi peralatan di segenap ruang yang ada di Genius Kurnia, menyusun atur kelas dan ruang bagi memastikan penjarakan fizikal serta deklarasi tahap kesihatan ibu bapa dan anak-anak sebelum operasi bermula.

Katanya bagi kelas intervensi awal yang merupakan sesi seorang ke seorangĀ antara anak, ibu atau bapa dan pegawai intervensi, bilangan anak setiap sesi kekal maksimum enam orang denganĀ perabot disusun sesuai dengan konsep penjarakan fizikal.

Nil Farakh berkata bagi kelas prasekolah pula, ibu bapa hanya boleh menghantar anak di pintu hadapan sekolah dan dibantu oleh penolong pegawai intervensi untuk ke kelas masing-masing.

ā€œSemasa PKP Pemulihan, kami telah membuat penggiliran jadual,Ā kami hadkan bilangan kanak-kanak dalam satu masa dan perlu bergilir seperti hadir dua hingga tiga kali seminggu.

Kami juga pendekkan masa sesi intervensi,Ā  contohnya dua jam dijadikan sebagai satu jam setengah kerana selepas tamat setiap sesi kami akan sanitasi kelas supaya bila anak sesi seterusnya datang, kelas itu sudah disanitasi. Begitu juga dengan gimnasium. Memang kami jaga anak-anak istimewa ini sebab kami tahu mereka ini adalah golongan berisiko tinggi,ā€ katanya.

Sementara itu, seorang Pegawai Intervensi di Genius Kurnia Shahrizal Selamat berkata aktiviti kelas yang diadakan masih sama seperti sebelum pandemik COVID-19 berlaku, tetapi dalam tempoh PKPP Pegawai Intervensi lebih menitikberatkan hal ehwal kebersihan serta keselamatan setiap kanak-kanak.

Katanya, sebelum anak-anak memasuki kelas, mereka perlu melalui tiga saringan dengan suhu badanĀ  mereka diambil di pintu pagar utama, pintu bahagian pentadbiran dan seterusnya di pintu kelas bagi memastikanĀ kanak-kanak berada dalam keadaan sihat untuk memulakan sesi intervensi.

ā€œKita juga ajar anak-anak macam mana untuk jaga keselamatan diri sendiri seperti pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tanganĀ dan juga penjarakan fizikal.

Bagi anak-anak autisme, perkara ini bukan satu rutin seperti sebelum ini jadi kita perlu terapkan supaya jadi satu rutin untuk mereka,ā€ katanya.

Manakala bagi penjarakan fizikal pula, Shahrizal berkata ia adalah sesuatu yang agak sukar memandangkan anak-anak ini sangat aktif danĀ ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membantu guru di dalam kelas bagi memastikan penjarakan fizikal terjaga seperti sentiasa mengingatkan anak mereka untuk menjarakkan diri.

ā€œKita turut hadkan jumlah kanak-kanak di dalam satu tempat. Contohnya, jika satu kelas itu ada enam orang murid, kita akan pecahkan kelas kepada dua bahagian iaitu hanya tiga orang untuk satu bahagian. Ini dapat meminimumkan risiko.

Kita letakkan juga label-label yang berkaitan supaya kanak-kanak faham bahawa mereka tidak boleh duduk bersama-sama tetapi masih boleh berkomunikasi di dalam jarak yang jauh,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda