Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Taufan Molave

By 27 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave yang berada di kedudukan kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan taufan Molave itu sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 25 km sejam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 157 km sejam.

Menurut kenyataan itu, taufan berkenaan boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 787 km ke barat laut Kudat, Sabah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda