Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Orang Ramai Diminta Waspada Sindiket Penipuan Menggunakan Logo LHDN

By 27 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Orang ramai dinasihat sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengaut keuntungan dengan memperdayakan mangsa.

LHDN berkata modus operandi terbaharu sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDN dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain.

“Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dan sila lakukan pengesahan dengan LHDN Malaysia (LHDNM) serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LHDN berkata sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/, dan media sosial rasmi LHDN iaitu Facebook di https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter di https://twitter.com/LHDNMofficial.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda