Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Kembali ke Tiga Angka iaitu 835 Kes, 674 Kes Pulih

By 28 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 kembali ke tiga angka dengan 835 kes berbanding 1,240 semalam, sementara 674 kes pulih dan dua lagi kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 28,640, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 9,903 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 835 kes baharu pada hari ini, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan satu warganegara dan empat bukan warganegara yang tiba dari India (2 kes), Indonesia, Thailand dan Bulgaria.

“Sukacita dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes,” katanya pada sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini semalam.

Sehingga kini katanya, terdapat 89 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Memperincikan lanjut, Dr Noor Hisham berkata walaupun terdapat penurunan kes baharu di Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih terus giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes secara aktif di seluruh negeri Sabah.

“Ini kerana, masih terdapat sebanyak 44 kluster yang aktif di Sabah dan peningkatan kes harian tempatan masih boleh berlaku,” katanya.

Manakala pecahan kes di negeri lain, Negeri Sembilan mencatatkan 155 kes, Selangor (125), Labuan (74), Sarawak (16), Pulau Pinang (13), Perak (11), Kuala Lumpur (9), Johor (8), Kedah dan Terengganu masing-masing 4 kes, dan Putrajaya satu kes.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda