Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kanak-kanak Ditemukan Lemas di Tali Air

By 28 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang kanak-kanak Muhammad Danish Aidil Mohd Hasrol, 6, ditemukan lemas di dalam tali air di Taman Bator Harmoni, Seneng, Jelawat, Bachok, pukul 3.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, sebeum itu mangsa dilaporkan sedang bermain bersama dua rakan sebaya berhampiran tali air berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tali air sebelum lemas,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa, namun disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gunong di sini.

Katanya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda