Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lebuhraya KLK Ditutup; Kerja Pembersihan Masih Dijalankan

By 4 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham (Putrajaya)/LLM

PUTRAJAYA, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KLK) arah timur dr km43.2 (berdekatan Bukit Tinggi) masih ditutup susulan dari insiden lori tanker tertumpah muatan bahan kimia malam tadi.

Syarikat konsesi Lebuhraya tersebut, ANIH Berhad menerusi kenyataan media memaklumkan kerja-kerja pembersihan dan pemantauan masih giat dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan keselamatan pengguna sebelum laluan tersebut boleh dibuka segera.

“Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan jalan lama di km42.9 hala timur.

“Setakat 7.00 pagi ini, lorong laju dibuka sementara dan akan ditutup semula semasa kerja pengalihan lori menggunakan kren dilakukan, laluan kontra akan diaktifkan tertakluk kepada arahan pihak bomba,” menurut kenyataan itu.

ANIH turut menasihati pengguna supaya mendapatkan maklumat terkini di laman rasmi media sosial ANIH Berhad di twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.

-SH

Tinggalkan komen anda