Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bomba Selamatkan Tujuh Pengunjung Terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh

By 4 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Tujuh pengunjung ke pusat pelancongan Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi berdepan detik cemas apabila terkandas di puncak air terjun tersebut selepas gagal menyeberang akibat kejadian air deras, petang semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Zamani Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 5.02 petang.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra telah digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 5.20 petang.

“Di lokasi, anggota bomba¬†telah menemukan empat¬†orang penduduk tempatan Langkawi terdiri daripada¬†seorang kanak-kanak dah tiga wanita dewasa berusia¬†antara 10 dan 30 tahun.

‚ÄúSelain mereka, terdapat tiga lagi pelancong tempatan dari Kuala Lumpur terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia antara¬†37 dan 50 tahun terkandas di puncak air terjun akibat air yang deras dan tidak dapat menyeberang,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan,¬†semalam.

Zamani berkata anggota bomba kemudian menggunakan tali penyelamatan dan jaket keselamatan untuk membantu mangsa menyeberangi laluan air.

‚ÄúSemua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke kaki bukit serta tidak mengalami seberang kecederaan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda