Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perdana Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Legenda Bola Sepak Negara

By 9 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga semalam menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Bakar, legenda bola sepak negara yang kembali ke rahmatullah pagi semalam.

Muhyiddin yang turut berkongsi kesedihan bersama seluruh peminat sukan bola sepak tanah air di atas pemergian Allahyarham menerusi hantaran di dalam laman Facebook beliau, berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.

“Bagi pihak kerajaan, saya ucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan Allahyarham sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak, terutamanya ketika  membantu skuad negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, pada 1972,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak akan melupakan jasa Allahyarham yang pernah menjadi Penolong Jurulatih Skuad Olimpik Moscow 1980 dan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan pada 1985.

“Jasa dan pengorbanan Allahyarham akan terus dikenang negara dan rakyat untuk selamanya,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri turut mengajak rakyat supaya bersama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda