
PUTRAJAYA, 10 Nov (Malaysiaakif) – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di Sepang hari ini atas tuduhan membunuh seorang jurutera tapak, yang ditemukanĀ rentung di dalam sebuah kenderaanĀ pada 28 OktĀ lepas di Kota Warisan, di sini.
Tertuduh, P. Vijayan, 42, hanya mengangguk dan berkata faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Dia dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas K. Seri GanisĀ Kanapathy Pillay, 42, pada 28 OktĀ antara pukul 2.38 pagi hingga 4.50 pagi, di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport Business Centre, Kota Warisan di sini.
Media pada 28 OktĀ melaporkan penemuan satu mayat rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbakar di kawasan semak di Kota Warisan di sini.
Vijayan didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 8 Februari tahun depan untuk sebutan semula.
— BERNAMA