
PUTRAJAYA, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Terengganu, beberapa daerah di Kelantan dan di Kuantan sehingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah yang dijangka terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Menurut kenyataan itu, hujan lebat turut dijangka berlaku di Perak iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta selain di Gua Musang, Kelantan serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).
Hujan lebat juga dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis serta di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah bermula esok hingga Jumaat.
— BERNAMA