Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Amaran Cuaca Buruk di Pantai Timur Sehingga Jumaat

By 26 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)mengeluarkan amaran cuacaĀ buruk peringkat jinggaĀ denganĀ hujan lebat dijangka berterusanĀ di Terengganu, beberapa daerahĀ diĀ Kelantan dan di KuantanĀ sehingga Jumaat ini.

MetMalaysiaĀ dalam kenyataan memaklumkan daerah yang dijangka terlibatĀ di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir PutehĀ dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan itu, hujanĀ lebat turut dijangka berlaku di PerakĀ iaitu di Hulu Perak, Kuala KangsarĀ dan Kinta selain di Gua Musang, KelantanĀ serta PahangĀ (Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, PekanĀ dan Rompin).

Hujan lebat juga dijangka berlaku di seluruhĀ negeriĀ PerlisĀ serta di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah bermula esokĀ hingga Jumaat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda