Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Sembuh Catat Angka Tertinggi 1,029 Individu, Kes Baharu 1,168

By 8 November 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 8 Nov (Malaysiaaktif) –¬†Jumlah kes sembuh virus COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini mencatat angka¬†tertinggi setakat ini iaitu 1,029 individu, menjadikan¬†kumulatif kes¬†pulih sepenuhnya¬†adalah 27,409 kes.

Kes baharu COVID-19 pula kekal empat angka, namun menurun sedikit dengan 1,168 kes sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 11,666 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu adalah penularan dalam negara dan tiada kes import dilaporkan.

“Sabah terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 616 kes, Selangor mencatat 247 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (104), Negeri Sembilan (68), Perak (37) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (28).

‚ÄúSarawak dengan¬†25 kes,¬†Pulau Pinang¬†(18),¬†Kedah¬†(15),¬†Johor¬†(lima),¬†Terengganu¬†(tiga) dan Melaka dengan dua kes,‚ÄĚ katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga lagi kematian baharu akibat wabak itu menjadikan jumlah keseluruhan maut, 282 kes.

Beliau berkata semua kes maut itu melibatkan warga negara yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

‚ÄúKematian ke-280 adalah wanita, 51 tahun dengan latar belakang¬†penyakit darah tinggi, obesiti dan dislipidemia, kematian ke-281 juga wanita berusia 62 tahun dengan¬†penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia, manakala kematian ke-282, lelaki¬†berumur 55 tahun dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok,‚ÄĚ katanya.

Katanya, sehingga kini, terdapat 87 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda