Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes UMANY: Seorang Lelaki Ditahan Rakam Operasi Polis di Petaling Jaya

By 8 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki ditahan kerana┬ádisyaki menghalang tugas polis dengan merakam operasi serbuan di sebuah rumah di Petaling Jaya┬ádi sini┬ápetang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata serbuan itu dilakukan berhubung siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY).

Beliau berkata ketika kejadian, suspek berusia 24 tahun itu merakam visual tersebut dengan telefon bimbit dan menyiarkannya menerusi Facebook Live.

ÔÇťSerbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sebuah rumah di Petaling Jaya untuk siasatan bersabit Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

ÔÇťSetelah amaran diberi dan tidak diendahkan, polis menahan┬ádan merampas telefon bimbit daripada lelaki itu kerana kesalahan menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,ÔÇŁ menurutnya┬ádalam satu kenyataan.

Fadzil berkata suspek dan barangan yang dirampas dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) JSJ Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis menjalankan siasatan terhadap Presiden UMANY mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.

Universiti Malaya dilaporkan akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook yang dimuat naik UMANY bertajuk ÔÇśYang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara.ÔÇÖ

—┬áBERNAMA

Tinggalkan komen anda