Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Orang Ramai Dipelawa Kemukakan Cadangan Penyediaan RMKe-12

By 16 November 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Perdana Menteri menerusi Unit Perancang Ekonomi mempelawa orang ramai mengemukakan cadangan Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021-2025 melalui laman sesawang khas.

Bagi membolehkan semua lapisan masyarakat mengemukakan cadangan dan pendapat mengenai hala tuju pembangunan negara, sebuah laman sesawang khas Rancangan Malaysia Kedua Belas telah diwujudkan, di mana setiap cadangan yang dikemukakan akan diperincikan sebelum dipertimbang sebagai input dalam penyediaan rancangan tersebut.

Proses pengumpulan cadangan tersebut telah dibuka menerusi pautan rmke12.epu.gov.my/engagement dan akan berlangsung sehingga 22 November ini.

-SH

Tinggalkan komen anda