Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Kaunter Perpustakaan Pandu Lalu Jadi Alternatif

By 16 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Kewujudan kaunter secara pandu lalu di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) di sini antara alternatif terbaik untuk mendapatkan akses kepada buku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Pengarah PPAPP Sharimah Salleh, berkata urusan kaunter pandu lalu bagi memudahkan pengunjung meminjam dan memulangkan buku di PPAPP dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang, kecuali pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh PKPB.

PPAPP di sini telah menyediakan kaunter pandu lalu sebagai alternatif kepada pengunjung sepanjang tempoh PKPB.

PPAPP di sini telah menyediakan kaunter pandu lalu sebagai alternatif kepada pengunjung sepanjang tempoh PKPB.

“Orang ramai juga boleh mengakses bahan bacaan digital melalui laman web rasmi PPAPP dengan mengakses http://opac.penanglib.gov.my untuk membuat tempahan buku.

“PPAPP akan mengaturkan pengambilan bahan yang dipinjam secara pandu lalu di sini,” katanya, di sini semalam.

Menurutnya, pada masa yang sama buku yang telah dipulangkan akan dikuarantinkan selama 72 jam dan disanitasi terlebih dahulu sebelum diletakkan semula di rak.

Pengunjung PPAPP perlu imbas QR Code dahulu sebelum berurusan di kaunter pandu lalu.

Pengunjung PPAPP perlu imbas QR Code terlebih dahulu sebelum berurusan di kaunter pandu lalu.

“Perkhidmatan pandu lalu PPAPP ini diwujudkan untuk mengekalkan minat pengunjung membaca di sepanjang tempoh PKPB dengan SOP ditetapkan,” ujarnya.

Tambah Sharimah, sejak kaunter pandu lalu dilancarkan hingga November, perkhidmatan di kaunter itu telah meningkat 60% dan seramai 145,650 pengguna telah mengunjunginya.

Kakitangan PPAPP berurusan dengan peminjaman serta pemulangan buku di Kaunter Pandu Lalu mengikut SOP yang ditetapkan.

Kakitangan PPAPP berurusan dengan peminjaman serta pemulangan buku di Kaunter Pandu Lalu mengikut SOP yang ditetapkan.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa 104 buah pusat perkhidmatan dan perpustakaan di bawah pengurusan PPAPP telah ditutup buat sementara waktu sehingga 9 Disember 2020 dan akan dibuka semula apabila keadaan kesihatan awam kembali stabil dan mendapat kebenaran kerajaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda