Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sekolah di Seluruh Negara Ditutup Mulai Esok – Dr Radzi Jidin

By 8 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Semua sekolah di seluruh negara ditutup mulai esok (9 Nov) hingga ke tarikh akhir sesi persekolahan tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata untuk sekolah di negeri-negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, penutupan ialah hingga 17 Dis sementara negeri-negeri Kumpulan B  hingga 18 Dis.

Katanya keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan semua negeri di Semenanjung kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis bermula esok hingga 6 Dis depan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Radzi berkata pelajar tingkatan satu, empat, lima dan enam serta penuntut kolej vokasional juga akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh sama, sementara pelajar tingkatan dua dan tiga pula meneruskan pembelajaran secara home-based learning mengikut kesesuaian guru, juga bermula pada tarikh sama.

Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021, katanya.

Tinggalkan komen anda