Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Virtual Cycling Serlahkan Pembudayaan Norma Baharu

By 18 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 18 Nov (Malaysiaaktif)Virtual cycling merupakan salah satu alternatif bagi menjalani rutin riadah seharian di dalam amalan pembudayaan norma baharu yang semakin diterima oleh masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata program tersebut sangat bermanfaat buat peminat-peminat kayuhan basikal sebagai aktiviti riadah mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah) bersama pihak penganjur di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam pada Program Sepakat@Komuniti.

Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah) bersama pihak penganjur di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam pada Program [email protected].

“Saya berpendapat program ini memberi manfaat kepada peminat sukan berbasikal kerana sambutan yang baik daripada komuniti setempat dan dalam masa yang sama dapat mendidik masyarakat setempat pentingnya mengamalkan pembudayaan norma baharu selari dengan unjuran kerajaan, khususnya pada masa sekarang kes COVID-19 yang dilaporkan oleh pihak kesihatan masih melibatkan empat angka,” katanya sempena majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, di sini baru-baru ini.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu Ros Naini Arshad, penganjuran program ini memberi fokus kepada aktiviti riadah sambil menekankan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Aktiviti ini dilaksanakan dengan mewajibkan syarat kayuhan sejauh minima lima kilometer secara maya. Peserta perlu membuat kayuhan mengikut kesesuaian masa dan lokasi masing-masing serta menghantar jumlah kilometer melalui aplikasi ‘Whatsapp‘ yang diwujudkan.

Sekitar Program Sepakat@Komuniti Kempen Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan Rantaian COVID-19 Daerah Kuala Terengganu.

Sekitar Program [email protected] Kempen Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan Rantaian COVID-19 Daerah Kuala Terengganu.

“Sebagai penganjur, kami meletakkan syarat utama yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta ialah SOP ketika beriadah iaitu mengutamakan amalan penjarakan fizikal. Aktiviti ini juga tiada perkumpulan beramai-ramai atau secara konvoi dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, seramai 50 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada belia dan beliawanis serta masyarakat setempat.

Ahmad Shauki Abdullah yang merupakan peserta yang berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini dengan jarak 35 kilometer berasa teruja dan tidak menjangkakan beliau terpilih untuk memenangi tempat pertama selain berharap aktiviti sebegini diteruskan pada masa akan datang.

Ahmad Shauqi Abdullah, 30 pemenang tempat pertama aktiviti virtual cycling.

Ahmad Shauqi Abdullah, 30 pemenang tempat pertama aktiviti virtual cycling.

“Saya salah seorang peminat aktiviti berbasikal berasa teruja dengan kemenangan ini dan saya juga berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mendidik masyarakat dalam menerapkan pembudayaan norma baharu,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda