Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,220 Kes Baharu, Tiga Kematian Dilaporkan

By 18 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 18 Dis (Malaysiaaktif) –Ā Sebanyak 1,220 lagi kesĀ baharuĀ positif COVID-19, 1,297 kes sembuh dan tiga kematian dicatatkanĀ di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan perkembangan terbaharu ituĀ jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 89,133 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,671 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes,ā€ katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Selangor kekal mencatatkan kes harian baharu tertinggi denganĀ 368 kes diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan sebanyak 297 kes danĀ Sabah 184 kes.

“Sebanyak 135 kes baharu yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara iaituĀ Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes)Ā dan Kluster Penjara Seberang Perai (satu kes),” kata beliau.

Sementara itu tiga kematian yang dilaporkan hari ini kesemuanya lelaki berusia antara 36 hingga 81 tahun dengan latar belakangĀ pelbagai penyakit, dua daripadanya di Sabah dan satu di Johor.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda