Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agihan Pendapatan ASB 4.25 Sen bagi Tahun Kewangan 2020

By 23 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Amanah Saham Nasional Berhad

PUTRAJAYA, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan bayaran agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 (TK20).

Ini membabitkan jumlah pembayaran agihan pendapatan sebanyak 3.50 sen seunit dan tambahan pembayaran ehsan sebanyak 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama ASB yang dimiliki oleh pemegang.

Ketika mengumumkannya, Pengerusi PNB Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyifatkan prestasi ASB kekal kompetitif berbanding instrumen pelaburan berisiko rendah lain dan terus menjadi pilihan yang baik untuk individu dengan profil risiko rendah serta menyasarkan pelaburan jangka panjang.

“Sejak beberapa tahun ini, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif walaupun (indeks petunjuk utama) FBM KLCI mencatat prestasi negatif dalam tempoh lima tahun daripada enam tahun ini,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya di sini, hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda