Skip to main content
Berita TimurTerengganu

50 Peserta RTB Bukit Perpat Terima Hak Pemilikan Tanah

By 23 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 23 Dis (Malaysiaktif) – 50 orang pemilik di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bukit Perpat menerima hak pemilikan tanah hari ini.

Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata sebanyak 109 lot di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Bukit Perpat telah diluluskan.

Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian geran kepada peserta di RTB Bukit Perpat, Marang.

Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian geran kepada peserta di RTB Bukit Perpat, Marang.

“Sebelum ini 41 orang telah mendapat hak milik mereka dan hari ini seramai 50 orang telah menjelaskan bayaran borang 5A suratan hak milik diselesaikan.

“Selepas pertemuan pada bulan Julai yang lalu, hari ini kita berkumpul sekali lagi untuk mencapai titik noktah perjuangan kerajaan untuk memastikan peserta-peserta mendapat hak milik kediaman sendiri,” katanya semasa berucap di tapak penyerahan hak milik tanah di hadapan surau Kampung Bukit Perpat, pagi tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peserta-peserta kerana berjaya menyahut cabaran kerajaan dan mampu menjelaskan bayaran dengan bantuan dari pelbagai pihak di kawasan Bukit Perpat sekaligus menerima geran tanah sementara pada hari ini.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong bersama Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dalam majlis penyampaian geran kepada peserta di RTB Bukit Perpat, Marang.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong bersama Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dalam majlis penyampaian geran kepada peserta di RTB Bukit Perpat, Marang.

Bagi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong, menyatakan rasa syukur kerana peserta mampu bersabar menunggu hak pemilikan tanah RTB ini kerana masalah-masalah yang berkaitan menjadikan hal ini tertangguh lebih lama.

“Perkara ini sebenarnya mudah diselesaikan namun kerana sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan, ianya menyebabkan peserta terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama.

“Saya berharap semua peserta dapat memberi kerjasama dan tanggungjawab dalam menggerakkan kawasan ini bersama-sama dengan pihak kerajaan dan juga pihak pengurusan,” kata beliau dalam ucapannya.

Antara 50 peserta yang menerima geran dalam majlis ini.

Antara 50 peserta yang menerima geran dalam majlis ini.

Sulaiman Sulong juga berharap komuniti setempat RTB Bukit Perpat ini segera menubuhkan jawatankuasa supaya peserta-peserta mempunyai tempat untuk merujuk sesuatu perkara selain daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Beliau turut berpesan agar peserta-peserta yang mendapat hak milik tanah pada hari ini tidak mensia-siakan usaha pihak kerajaan yang begitu inginkan rakyatnya mendapat kemudahan kediaman yang lebih baik.

-ii-

Tinggalkan komen anda